in

Eco-Shop beri jaminan kekalkan harga untuk tempoh lima tahun akan datang

WhatsApp Image 2023 07 11 at 3.19.47 AM
Ketua Pegawai Operasi, Jessica Ng (kanan) di majlis Pelancaran kempen sempena ulang tahun Eco-Shop yang ke-20 di stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Aqeelah Amzar

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Barangan isi rumah di  Eco-Shop Malaysia atau dikenali  dengan gelaran Kedai Dua Ringgit memberi jaminan akan kekal pada harga RM2.40 bagi setiap produknya untuk tempoh masa lima tahun akan datang. 

Ketua Pegawai Operasinya,Jessica Ng berkata, pada Jun tahun lalu pihaknya telah menaikkan harga sebanyak 20 sen daripada harga asalnya RM2.20, berikutan peningkatan kos selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan ekoran pandemik COVID-19. 

“Keputusan kenaikan harga tersebut terpaksa dilakukan atas tujuan penyelarasan kos dan meluaskan pilihan produk terutama  barangan makanan dan minuman. Bagaimanapun pada baharu harga RM2.40,  setiap barangan tersebut akan kekal untuk sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.

“Eco-Shop akan berusaha untuk berkembang dengan mengekalkan harga semasa dan tidak menaikkan harga jualan walaupun berdepan dengan kenaikan harga komoditi global. 

Tujuannya memberi peluang rakyat membeli pelbagai barangan pada harga mampu  milik,” ujarnya selepas majlis pelancaran kempen terbaru sempena ulang tahun Eco-Shop Malaysia yang ke-20 di sini baru-baru ini.

Jessica menambah, pengekalan harga sekarang adalah bukti komitmen berterusan Eco-shop dan sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai atas sokongan yang diberikan.

“Misi utama Eco-Shop adalah untuk menyediakan barangan isi rumah pada harga yang paling berpatutan supaya semua rakyat  mampu untuk membelinya,”katanya.

Sehingga kini, Eco-Shop  mempunyai 240 cawangan di seluruh negara dengan 10,000 pilihan produk termasuk  keperluan rumah, makanan, minuman, alat tulis, peralatan memasak, mainan serta makanan kucing. 

Malah bulan lalu, sebanyak 10 lagi cawangan dibuka yang kebanyakan lokasi di negeri pantai timur dengan mensasarkan harga rendah kepada golongan B40.

Jessica menambah, Eco – App  syarikat tersebut telah muncul antara 10 aplikasi beli-belah teratas di negara ini dengan mempunyai 800,000 keahlian dengan memberi peluang kepada ahli baharu akan menikmati pelbagai faedah dan kemas kini menerusi aplikasi yang diperkenalkan.   

Sementara itu, Kempen yang dlancarkan  ‘Syokpping Gila-Gila dengan Satu Harga’ telah dirasmikan di  di stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur yang merangkumi beberapa acara dan aktiviti, termasuk reruai di stesen berkenaan.

Peraduan  menawarkan pemenang syiling Eco bernilai sehingga RM100,000 yang memberi pilihan kepada pelanggan menebusnya dengan hadiah seperti kereta, mengerjakan umrah untuk keluarga, percutian, komputer riba dan jam tangan pintar. 

Peraduan Syokkping Gila-Gila itu berakhir pada 30 September 2023. – nasionalkini.my

Ifedayo masih perlu masa

WhatsApp Image 2023 07 11 at 7.23.05 PM

Suspek tikam polis akan diburu sampai ke lubang cacing