in ,

Remaja 14 tahun dikurung, diliwat lelaki tawar pakej internet

TB PDRM fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berdepan detik hitam apabila dikurung selama tiga jam dan diliwat seorang lelaki yang memperdayanya dengan tawaran pakej internet dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden malang yang menimpa mangsa berusia 14 tahun itu daripada ibu bapanya sekitar jam 12 tengah hari.

Siasatan awal mendedahkan suspek menggunakan modus operandi menawarkan pakej internet telefon bimbit sebagai umpan sebelum meminta mangsa membantunya mengangkat barang ke rumah.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa berjalan bersama suspek kira-kira jam 8.05 pagi. Sebaik tiba di rumah suspek, mangsa diikat kaki dan tangan sebelum dipercayai diliwat serta dipukul.

“Mangsa yang ditinggalkan sendirian bagaimanapun berjaya melonggarkan ikatan lalu menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik sebelum diselamatkan jiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan bagi kesalahan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan, selain Seksyen 342 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung serta mendatangkan kecederaan. Polis kini sedang giat mengesan suspek yang telah dikenal pasti identitinya.

TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH 41a6945f5fce4f1fb56dc13f17c19ac0 1778558324

Tengku Hassanal ketuai pendakian Gunung Kinabalu

3519379

Pahang perkenal garis panduan rumah ibadat bukan Islam