in ,

Pahang perkenal garis panduan rumah ibadat bukan Islam

3519379

KUANTAN: Kerajaan Pahang melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (PLANMalaysia Pahang) kini menyediakan Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) sebagai rujukan seragam dalam merancang serta memantau pembangunan kemudahan berkenaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, berkata garis panduan tersebut menetapkan syarat ketat, termasuk larangan pembinaan di kawasan rezab hutan, sungai, utiliti serta rezab kemudahan awam lain.

Beliau menjelaskan, kedudukan RIBI di pusat kejiranan perlu mematuhi jarak sekurang-kurangnya 100 meter dari kediaman majoriti penganutnya dan 300 meter dari rumah ibadat agama lain.

“Pembangunan RIBI di kawasan bukit dan tanah tinggi juga perlu tertakluk kepada piawaian pembangunan tanah tinggi sedia ada. Bagi premis pemujaan peribadi, ia hanya dibenarkan di dalam hartanah persendirian dengan saiz yang tidak menonjol.

“Mana-mana tempat pemujaan atau ‘shrine’ sementara di tapak projek pembinaan pula wajib dirobohkan mengikut tatacara agama masing-masing sebaik projek siap,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Fadzli Mohd Ramli (ADUN Lantikan) mengenai dasar kerajaan negeri dalam menguruskan pembinaan rumah ibadat. Tambah beliau, sebarang konflik membabitkan pemindahan atau perobohan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam bagi tujuan perundingan.

TB PDRM fotoBERNAMA

Remaja 14 tahun dikurung, diliwat lelaki tawar pakej internet

MALAYSIA INDONESIA BOAT 1778650232

Bot PATI karam: Tiga lagi mayat wanita ditemukan