in

Polis tahan lelaki langgar tiga kenderaan

logo polis 2 1651832730
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Seorang lelaki yang disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan melanggar tiga kenderaan di Jalan Kemajuan Seksyen 13, di sini, ditahan polis semalam.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang menjalankan tugas ternampak sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dalam keadaan mencurigakan pada jam 7.25 malam.

“Semasa anggota bertugas meminta pemandu memberhentikan kenderaan tersebut untuk menjalankan pemeriksaan, dia enggan berhenti dan terus memecut laju dengan memandu secara berbahaya.

“Kenderaan pacuan empat roda itu turut melanggar tiga buah kenderaan lain yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, semasa kejadian terdapat seorang orang awam mengalami kecederaan ringan di bahagian betis kiri dan kanan.

“Suspek warga tempatan berusia 43 tahun berjaya ditangkap dan hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya. – nasionalkini.my

FB IMG 1689749896613

Takziah keluarga mendiang Sathianathan – Agong, Permaisuri

2271975

Nenek galas tanggungjawab jaga cucu