in

Lelaki ditahan hina institusi raja

Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama @haziqmahmur9 ditahan selepas disyaki menghina institusi raja dan bersifat perkauman.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Seremban, Negeri Sembilan, semalam oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, lapor Bernama.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek sebelum ini dikesan memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi raja dan bersifat provokasi perkauman.

“Suspek membuat hantaran berkenaan menerusi akuan Twitter @haziqmakmur9 dan semasa ditahan pihak polis turut merampas satu telefon bimbit dan dua kad SIM.

“Siasatan terhadap suspek akan dijalankan oleh USJT di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian kepada mana-mana Raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

“Pihak polis meminta orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam dan menggugat keharmonian negara terutama melibatkan isu 3R (raja, agama, perkauman),” katanya.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam. – nasionalkini.my

IMG 20230526 WA0001

’20 sen terakhir buat anakku Qayra’

Man United kembali ke saingan Liga Juara-juara