PEKAN, 24 Julai -Seorang pemandu dan dua penumpang dilaporkan terkorban selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka hilang kawalan, selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, hari ini.
Mangsa yang terkorban adalah pemandu dan penumpang kereta Toyota Vios iaitu Ayub Zakaria, 66, dan Podziah Daharun, 65.
Kemalangan turut mengorbankan penumpang kereta Perodua Myvi, Muhammad Azrin Ahmad Nazri,19.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, semasa kejadian, MPV jenis Perodua Alza tersebut dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.
“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu MPV dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
Kenderaan itu kemudian bertembung dengan kereta Perodua Myvi sebelum dilanggar pula kereta Toyota Vios yang datang dari arah Segamat.
“Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Vios dan seorang penumpang serta penumpang Perodua MyVi meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.
Zaidi berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah disiasat.
Dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – nasionalkini.my