in ,

Ibu bimbang anak perempuan sasaran pedofilia

IMG 20230504 WA0014
Dua wanita juga ibu kepada dua kanak-kanak perempuan ketika bertemu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang di pejabatnya di Jalan Beserah, dekat sini.

Oleh Arman Dhani Zafir

KUANTAN, 4 Mei – Dua wanita juga ibu kepada dua kanak-kanak perempuan, di sini, bimbang keselamatan anak meraka yang dipercayai menjadi sasaran pedofilia alam maya.

Berdasarkan laporan dibuat kedua wanita berkenaan, terdapat berapa paparan video menunjukkan kemaluan dimuat naik di laman sosial membabitkan gambar anak perempuan mereka.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Madam Tan, berkata, penyebaran klip video terbabit turut membabitkan rakan laman sosial Facebook miliknya.

Katanya, lebih membimbangkan, si pelaku berkemungkinan individu yang mengenali anak dan keluarganya.

“Pada 15 Mac lalu, kawan saya menelefon memberitahu ada gambar anak saya tersebar dalam video jijik di laman sosial Twitter.

“Gambar tersebut sebelum ini dimuatnaik di Facebook ‘story’ milik saya dan ditangkap layar oleh kenalan yang melihat hantaran itu.

“Bukan itu sahaja, malah dipaparkan sebagai latar belakang dalam klip video lucah yang kemudiannya menunjukkan kemaluan seorang lelaki dan terus dimuat naik ke Twitter.

“Lebih mengejutkan saya, video terbabit ada yang telah meraih lebih 2.4 juta tontonan di laman sosial itu sahaja,” katanya yang ditemui ketika hadir menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang di pejabatnya di Jalan Beserah, dekat sini.

Mengulas lanjut, Madam Tan berkata, hampir setiap hari ada video dimuat naik di akaun Twitter tu dengan kapsyen bahasa Cina berbaur lucah, sekali gus menunjukkan anak perempuan mereka sedang menjadi sasaran pedofilia.

“Sebelum ini, bukan anak saya sahaja, ada enam atau tujuh lagi gambar anak perempuan kenalan saya di Kemaman, jadi saya dan rakan saya terus buat laporan polis sebab gambar anak kami juga terlibat, namun setakat hari ini belum ada perkembangan.

“Sebelum ini, hasil pemantauan saya, akaun Twitter menyiarkan video lucah itu sudah dipadamkan, namun berapa hari lepas, seorang lagi kawan saya datang bertanya jika saya tahu ada lagi gambar kami di situ (Twitter).

“Ini bermakna semakin ramai yang tahu mengenai hantaran itu dan saya berasa sangat takut.

“Disebabkan penyebaran video itu juga, anak-anak tidak dapat tidur, takut dan sering menangis (terganggu) dengan penyebaran video itu” katanya.

Sementara itu, Chon Siang berkata, pihaknya akan membantu keluarga mangsa menghadapi perkara itu.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengesan dalang perbuatan terkutuk itu secepat mungkin.

“Jika perkara ini berlanjutan terlalu Lama, kita bimbang berlaku perkara tidak diingini ke atas kanak-kanak perempuan yang terlibat,” katanya. – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 9

El Nino: Melaka jamin tiga empangan bertahan hingga Ogos

20230503 095731

Cuaca panas tahap berjaga-jaga di Bentong, Mukah