in ,

2,000 liter petrol dalam kawasan kebun getah dirampas KPDN Kedah

minyak 2 1
Sembilan unit tangki IBC (intermediate bulk containers) yang berisi minyak yang disyaki petrol hampir 2,000 liter ditemui dalam sebuah stor semasa serbuan di kawasan kebun getah di Changlun, semalam.

Oleh Aimi Isma

ALOR SETAR, 1 Ogos- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas hampir 2,000 liter minyak petrol dalam satu serbuan di sebuah stor penyimpanan barang di dalam kawasan kebun getah dekat Changlun, semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, serbuan yang dilakukan kira-kira 7 pagi itu adalah berdasarkan sumber Unit Risikan Pejabat KPDN Kedah yang telah dibuat hampir dua minggu.

minyak kedah
Serbuan dilakukan selepas Unit Risikan Pejabat KPDN Kedah membuat pemerhatian hampir dua minggu

“Tiada penghuni di stor berkenaan ketika serbuan dilakukan dan hasil pemeriksaan telah menemui sembilan unit tangki IBC (intermediate bulk containers) yang berisi minyak yang disyaki petrol hampir 2,000 liter dengan anggaran rampasan berjumlah RM4,100.

“Beberapa peralatan lain yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1974,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru, beliau memberi amaran keras dan menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan berkenaan. – nasionalkini.my

Fabinho pilih ke Timur Tengah sertai Al-Ittihad

Joker kena penjara 23 tahun