in ,

Tolak kontroversi murahan, Datuk Seri Vida harap ‘Muah Muah Raya’ malar segar

WhatsApp Image 2023 04 19 at 7.06.37 AM

Oleh Hajidah Miharbi

KONTROVERSI dengan pengasas kosmetik tempatan macam serasi kerana itu adalah sebahagian daripada strategi pemasaran mereka.

Berpuluh kali mohon maaf, namun tetap mengulangi kesilapan yang sama. Bagi mereka kontroversi atau gimik murahan masih lagi publisiti yang bagus untuk produk yang dikeluarkan. 

Salah seorang yang gemar perhatian atau kontroversi ialah Datuk Alif Syukri yang mendakwa dia penyanyi nombor satu negara kerana lagu raya Chu Ku Chuk Raya dendangannya trending di YouTube.

WhatsApp Image 2023 04 19 at 7.07.37 AM 1
Vida berharap lagu Muah Muah Raya mendapat trending dan dilancar tanpa sebarang elemen kontroversi murahan sebaliknya pertaruhkan kualiti

Bagaimanapun berbeza dengan seorang lagi dengan jutawan kosmetik yang sebelum ini sering menarik perhatian umum dilihat mengambil pendekatan menggelak daripada kontroversi. 

Datuk Seri Vida atau Hasmiza Othman, baru saja melancarkan lagu raya terkini dendangannya yang berjudul Muah Muah Raya pada pagi  16 April lalu.

Wanita hebat yang kini berusia 52 tahun itu mengakui lagu ciptaan Amy Ukays dan lirik tulisannya itu dilancarkan tanpa sebarang eleman kontroversi murahan sebaliknya mempertaruhkan kualiti semata-mata.

“Alhamdulillah, sambutan lagu ini di luar jangkaan dan penerimaan sangat positif. Komen peminat dan masyarakat di media sosial meletakkan ini sebenarnya lagu raya terbaik dan nombor satu tahun ini.

“Malah, mereka siap membandingkan dengan lagu raya daripada individu lain. Bagi saya, ia tanda penghormatan dan penghargaan buat lagu ini.

“Insya-Allah, lagu ini akan trending tidak lama lagi. Pertaruhan lagu ini bukan kontroversi murahan tapi kualiti. Pendengar pun suka dan puji suara saya sedap. Saya juga menyasarkan lagu ni menembusi pasaran Indonesia,” katanya.

Dengan bersandarkan kualiti pada lagu itu, Vida berharap Muah Muah Raya bakal menjadi lagu raya yang ‘evergreen’ dan menjadi pilihan untuk terus didengar setiap kali raya.

vida
Tolak kontroversi murahan, Datuk Seri Vida harap 'Muah Muah Raya' malar segar 5

“Kali ini saya memang tak nak lancarkan dengan kontroversi. Saya memilih lancar selepas Subuh, jam 6.30 pagi, Ahad baru-baru ini.

“Kalau malam tak sesuai sebab solat tarawih dan malam ganjil. Takkan saya nak lancar lagu kan. 

“Kiranya, saya lancar lagu ini berdasarkan kekuatan dan ‘share’ daripada orang ramai. Kalau nak harap kontroversi ia jangka pendek saja. 

“Dengan kualiti yang ada, insya-Allah lagu ini akan kekal lama dan saya nak ia malar segar. Setiap kali raya, orang ingat dan dengar lagu ini. Bagi saya, lagu ini adalah masterpeace tekno yang ada ‘vibes’ raya di kampung,” katanya.

WhatsApp Image 2023 04 19 at 7.07.53 AM 1
Penyertaan dua anak kesayangannya, Cik B dan Kacak dalam video muzik Muah Muah Raya kerana mahu wujudkan elemen kekeluargaan

Mengenai pemilihan tajuk Muah Muah Raya, Vida berkata bunyi ‘muah muah’ itu sudah menjadi kebiasaan jika seseorang itu saling bersalaman.

“Bagi mereka yang rapat, kalau bersalaman mesti akan bunyikan ‘muah muah’. Dari situ timbul idea nak hasilkan lirik lagu ini. Dalam masa sama, ia sesuatu yang sudah biasa kita dengar.

“Bukan saja lirik, tapi konsep lagu dan video muzik juga daripada saya. Walaupun dicipta oleh Amy Ukays, tapi saya berikan idea yang mana nak ‘vibes’ yang lain dan betul-betul raya. 

“Macam dalam MV, saya ada libatkan Cik B, Kacak dan kanak-kanak lain. Saya nak ada eleman kekeluargaan. Walaupun susah nak aturkan budak-budak, tapi dapat juga buat. Saya puas hati dengan hasilnya,” akui Vida.

Lagu dan video muzik rasmi Muah Muah Raya boleh ditonton di saluran Youtube Seventeen Eleven Music https://youtu.be/7eHTtOiT90w. – nasionalkini.my

Ameer Ali Mydin

Mydin bidas pengumuman cuti tambahan Aidilfitri, dedah rugi setengah juta

2027577

Dr. Noor Hisham bersara Jumaat ini