in

‘Sekali Saja’ mesej mendalam dari ZAKH

sekali 2
Kumpulan duo lelaki, ZAKH yang dianggotai Zul Ariff dan Kamal Hamidi melahirkan lagu single ketiga mereka berjudul 'Sekali Saja' boleh yang boleh ditonton dan didengar menerusi saluran Youtube ZAKH Music, bermula 26 Mei lalu.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 1 Jun – Usia ‘setahun jagung’ tidak menghalang dua artis muda ini untuk terus mengorak langkah menghasilkan single ketiga mereka berjudul ‘Sekali Saja’ untuk hidangan kepada industri hiburan negara.

Mula menempa nama ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19 pada 2019, ternyata memberi rezeki buat kumpulan duo lelaki, ZAKH yang dianggotai Zul Ariff dan Kamal Hamidi.

Apa tidaknya, ia selepas single kedua bertajuk ‘Jauh’ tahun lalu berjaya mendapat sambutan menggalakkan dengan mendapat lebih dari 500,000 tontonan di Youtube.

WhatsApp Image 2023 06 01 at 3.58.40 PM 2
Kumpulan duo lelaki, ZAKH yang dianggotai Zul Ariff dan Kamal Hamidi melahirkan lagu single ketiga mereka berjudul ‘Sekali Saja’ boleh yang boleh ditonton dan didengar menerusi saluran Youtube ZAKH Music, bermula 26 Mei lalu.

Pemilik sebenar nama Ahmad Zul Ariff Ismail, 36, berkata, ‘Sekali Saja’ adalah hasil idea dan lirik sentuhan Iswandy Atan, Ilusinasi dan Zul Ariff seperti dua single terdahulu mereka termasuk single sulung, ‘Cinta Semalam’, Januari tahun lalu.

“Untuk single ketiga ini, kami mengambil masa hampir setahun untuk membawa naskhah ‘Sekali Saja’ yang mengisahkan tentang redha seorang lelaki yang kehilangan cinta sejati.

“Tapi cinta yang dimaksudkan dalam bukanlah untuk pasangan kekasih sahaja, sebaliknya berunsur kekeluargaan dan kerohanian, di mana hilangnya rahmat dari Allah dan berada diambang penyesalan,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di Melaka.

Menurutnya, naskhah itu terhasil dari sentuhan kreatif komposer berpengalaman, Iswandy Atan dan Ujang Exist (drummer), Faridzz Tagi (string arrangement), selain Along Exist (mixing).

“Harapan kami adalah semoga single ‘Sekali Saja’ ini dapat menjiwai hati pendengar di semua peringkat umur dan negara termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei,

“‘Sekali Saja’ boleh ditonton dan didengar menerusi saluran Youtube ZAKH Music, bermula 26 Mei lalu,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230601 WA0049

Maritim Malaysia tahan 20 nelayan warga Vietnam

Buka segera permohonan undi pos