Oleh Hajidah Miharbi
KUALA LUMPUR 20 Mei : Pelakon Esma Daniel, 54, menamatkan zaman dudanya hari ini dengan menikahi Nur Atira Mazlan, 31 tahun.
Berita gembira itu dikongsikan di Instagram miliknya sambil memberitahu majlis bersejarah tersebut diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kajang, Selangor.
Meskipun sudah berpengalaman sebanyak dua kali sebelum ini, namun perasaan gementar tetap dirasa sewaktu dinikahkan oleh bapa Nur Atira, Mazlan Abd Malik.
Jelas Esma, mereka bertunang pada 22 Januari dan merancang untuk menyegerakan hubungan yang baik itu.
“Bukan satu keputusan yang mudah bagi saya untuk kembali bergelar suami. Lima tahun saya menduda dan kalau boleh ikatan kali ini biarlah berkekalan,” katanya kepada nasionalkini.my.
Sebelum ini Esma pernah berkahwin dengan Sherie Merlis pada 1992 dan memiliki dua orang anak sebelum bercerai pada 1997.
Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Nitra Sari Omar pada 2002 dan jodoh mereka berakhir pada 2016. –nasionalKini.my