BAITULMAQDIS, 1 Mei – Ratusan peneroka haram menyerbu Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual sempena perayaan tahun baharu yahudi.
Mereka diiringi secara ketat oleh kumpulan rejim pengganas sepanjang memasuki kawasan berkenaan.
Memetik dayofpalestine.ps, kumpulan peneroka haram Israel berkenaan melakukan lawatan proaktif secara berkumpulan sambil melakukan ritual Talmudik di dalam masjid berkenaan.
Berikutan perhimpunan berkenaan, pasukan tentera pengganas Israel mengetatkan sekatan dengan menghalang penduduk Palestin memasuki masjid berkenaan.
Situasi berkenaan menimbulkan kekocohan apabila penduduk Palestin dikasari berikutan tidak dibenarkan berada di kawasan masjid berkenaan.
Penduduk Palestin terus menggesa supaya kawasan suci berkenaan tidak diganggu oleh pihak lain termasuk kumpulan peneroka haram yahudi.
Sepanjang Mac lalu, kira-kira 3,502 peneroka haram menyerbu kawasan masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmudik di halaman masjid berkenaan.