in ,

Pantai barat Semenanjung Malaysia rasai gegaran gempa bumi di selatan Sumatera

GempaBumi

KUALA LUMPUR, 25 April – Beberapa kawasan di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran akibat gempa bumi kuat melanda Indonesia, awal pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) berkata,  gegaran itu berlaku selepas gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 4 pagi tadi.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di koordinat 0.9 darjah selatan dan 98.3 darjah timur dengan kedalaman 49 kilometer (km) bersamaan 85 kilometer Barat Laut dari Siberut, Indonesia.

Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, METMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami kepada negara ini. 

Terdahulu,  Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, mengesahkan gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud menggegarkan barat Pulau Sumatera, kira-kira 4 pagi.

 Malah, amaran tsunami turut dikeluarkan dengan  menggesa pihak berkuasa tempatan untuk segera mengarahkan penduduk di lokasi terjejas supaya menjauhi kawasan pantai dengan serta-merta.

Bagaimanapun amaran itu ditarik semula kira-kira dua jam kemudian.

Jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Abdul Muhari berkata, pihak berkuasa sedang mengumpulkan data berkaitan dari kepulauan berhampiran pusat gempa di pantai barat Sumatera

Abdul memaklumkan gegaran kuat dirasai di ibu kota Sumatera Barat, Padang, menyebabkan orang ramai segera menjauhi kawasan pantai.- nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg

PBB jangka populasi India atasi China hujung bulan ini bukan pertengahan 2023

zulkifli

Zulkifli Ismail rancang terbit buku loghat Kedah