in ,

India miliki penduduk lebih ramai daripada China, pertengahan 2023: PBB

india

NEW DELHI, 20 April – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi bayangan India akan menjadi negara paling ramai penduduk di dunia, sekali gus mengatasi China dengan tambahan hampir 3 juta penduduk, pertengahan tahun ini.

Data demografi daripada ‘State of World Population Report, 2023’ Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), menunjukkan  populasi India akan mencecah 1,428.6 bilion, kira-kira 2.9 juta melebihi jumlah penduduk China yang  berjumlah 1,4257 bilion. 

Malah data berkenaan  menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) memiliki populasi penduduk satu pertiga daripada dua negara tersebut, dengan anggaran populasi 340 juta.

Pakar penduduk yang menggunakan data sebelumnya dari PBB telah mengunjurkan India akan melepasi China bulan ini. 

Bagaimanapun, laporan terbaru daripada badan global itu tidak menyatakan maklumat lengkap termasuk tarikh  sebenar  pertambahan jumlah tersebut  akan berlaku.

Walaupun India dan China akan menyumbang lebih daripada satu pertiga daripada anggaran populasi global sebanyak 8.045 bilion, pertumbuhan penduduk di kedua-dua gergasi Asia itu telah menjadi perlahan, pada kadar yang lebih pantas di China berbanding di India.

Tahun lepas, penduduk China susut buat kali pertama dalam enam dekad, rekod bersejarah yang dijangka menandakan permulaan tempoh kemerosotan bilangan rakyatnya dengan memberi implikasi terhadap ekonominya dan dunia. – Agensi 

pm

Perdana Menteri buat penampilan istimewa menerusi iklan raya

WhatsApp Image 2023 04 20 at 6.23.22 AM

Tiga pasangan dicekup berkhalwat