in

Banjir di China semakin mengganas, ragut 10 nyawa

taufan
Kejadian tersebut dilapor berlaku di Baoding, iaitu salah satu bandar paling teruk dilanda di wilayah itu, sekitar 150 kilometer (km) dari Beijing.

BEIJING, 5 Ogos – Kira-kira 10 nyawa terkorban dalam kejadian banjir yang melanda di sebuah bandar di wilayah Hebei susulan hujan lebat yang melanda utara China.

Pegawai mengumumkan kejadian berlaku di Baoding, iaitu salah satu bandar paling teruk dilanda di wilayah itu, sekitar 150 kilometer (km) dari Beijing.

Pejabat Datuk Bandar berkata, seramai 600,000 penduduk di bandar itu dipindahkan dari kawasan yang dianggap berisiko.

Malah, hampir 300 jambatan dan lebih 550km jalan di luar bandar dilaporkan rosak akibat air banjir, dengan kerugian mencecah hampir 17 bilion yuan (RM11 bilion).

Sejak kebelakangan ini, China dilanda cuaca melampau daripada gelombang panas yang memecahkan rekod sehingga kepada hujan yang membawa maut.

Sementara itu, Kementerian Pengurusan Kecemasan China berkata, 142 daripada kematian atau kehilangan yang direkodkan pada bulan Julai disebabkan oleh banjir atau bencana geologi.

Banjir dari Taufan Doksuri terus membanjiri ladang dan bandar di Timur Laut China hari ini manakala pihak berkuasa di bahagian lain negara itu bergelut untuk menangani kesan salah satu ribut paling kuat dalam beberapa tahun. – Agensi

IMG 20230805 215656 800 x 500 pixel

Kelantan United tewas tipis kepada NSFC

IMG 20230805 221839 800 x 500 pixel

Kane patut tinggalkan EPL