in

Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas 21 Mei depan

IMG 20230508 WA0016
Rayyanah Barnawi dijadualkan mengikuti misi ke angkasa lepas pada 21 Mei ini

ANKARA, 8 Mei – Wanita juga sama hebat seperti lelaki, mampu melakukan apa sahaja sekiranya punyai tekad dan usaha.

Justeru, tidak hairanlah apabila kali ini angkasawan wanita pertama Arab Saudi dijangka akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini.

Seorang penyelidik kanser payu udara yang dikenali Rayyanah Barnawi bersama angkasawan lelaki Ali AlQarni antara mereka yang terpilih dan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2.

Menurut Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) , roket berkenaan difahamkan akan dilancarkan kira-kira pukul 5.37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei ini nanti bagaimanapun kedua-dua mereka mereka akan berlepas Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Mei ini.

Kedua-dua angkasawan berkenaan akan menyertai angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama enam bulan di ISS.

Dalam pada itu, difahamkan angkasawan lain yang terlibat termasuklah Peggy Whiston dan John Shoffneryang juga akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2.-nasionalkini.my

FB IMG 1683523490582

Permintaan terhadap EV masih lemah di Malaysia – RHB Investment

IMG 20230508 WA0017

Pantau pelaburan negeri Pahang – Tengku Hassanal