in ,

Ringgit akan menguji paras RM4.446 berbanding dolar AS ekoran ketidaktentuan pasaran – Kenanga Research

kenanga 1

KUALA LUMPUR 1 Mei – Ringgit dijangka diniagakan lemah minggu ini dipengaruhi keputusan dasar monetari membabitkan bank pusat utama.

Kenanga Research mengunjurkan unit mata wang tempatan itu akan menguji paras RM4.446 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meskipun tanpa pemangkin risiko yang ketara.

Sebaliknya, firma itu berkata, penembusan berterusan di atas tahap (R1) pada RM4.472 mungkin menandakan pengukuhan dolar AS secara berterusan.

WhatsApp Image 2023 05 01 at 8.22.44 PM
Pasaran dijangka tidak memberi sebarang reaksi menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengenai kadar dasar semalam

“Ringgit meneruskan kelemahan dan menyusut di bawah paras RM4.46 berbanding dolar AS disebabkan kebimbangan terhadap rundingan had siling AS, angka bagi suku pertama di AS yang lebih lemah daripada jangkaan dan ketegangan AS-China yang semakin memuncak.

“Selain itu, premium hasil bon Malaysia-AS yang semakin mengecil kepada di bawah 25 mata asas (bps) juga telah memberi tekanan kepada mata wang tempatan,” katanya dalam nota kajian.

Minggu ini akan menjadi satu lagi minggu dagangan singkat bagi Malaysia dengan pasaran ditutup selama dua hari iaitu masing-masing pada 1 Mei 2023 bersempena cuti umum Hari Pekerja dan 4 Mei 2023 untuk Hari Wesak.

Bank-bank pusat utama seperti Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank Pusat Eropah (ECB) akan bermesyuarat bagi memutuskan dasar kadar masing-masing pada minggu ini.

WhatsApp Image 2023 05 01 at 8.24.11 PM
Premium hasil bon Malaysia-AS yang semakin mengecil kepada di bawah 25 mata asas (bps) juga telah memberi tekanan kepada mata wang tempatan

Bagaimanapun, menurut Kenanga Research, pasaran dijangka tidak memberi sebarang tindak balas menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 2 hingga 3 Mei ini.

“Ini kerana BNM dijangka mengekalkan kadar faedah semasa itu pada paras 2.75%,” jelasnya.

Pasaran, katanya, akan memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar monetari membabitkan Fed dan ECB yang mana sebarang keputusan yang dibuat dijangka memberi kesan kepada dolar AS.

Dalam penutupan pada Jumaat, ringgit mengakhiri minggu yang agak pendek selepas cuti Hari Raya dengan lebih tinggi berbanding dolar AS.

Ia berikutan pemulihan teknikal selepas mengalami trend penurunan sejak beberapa hari lalu, walaupun dolar AS meningkat berbanding pesaing utamanya.

Bagi asas mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada RM4.4600/4645 berbanding RM4.4350/4395 pada seminggu sebelumnya. – nasionalkini.my

zahid 1

Proses pembahagian kerusi tidak boleh dibuat tergopoh-gopoh

WhatsApp Image 2023 05 01 at 8.29.41 PM

10 peratus KRT Terengganu tidak proaktif