KUALA LUMPUR 5 Mei – Pelantikan Syed Hamadah Syed Othman sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Lembaga Tabung Haji (TH) akan memperkukuhkan agensi itu ke tahap lebih cemerlang,
Pelantikan beliau adalah menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin yang telah melengkapkan penggal perkhidmatan dua tahun dalam jawatan itu hari ini.
Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, beliau yakin dengan kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki Syed Hamadah akan meneruskan usaha memperkukuhkan TH dari segi tabir urus dan operasi pada masa depan.
“Ahli Lembaga dan Pengurusan Kanan TH menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Amrin atas komitmen serta usaha beliau dalam mengatur strategi bagi mencapai aspirasi Hijrah24.
“Khidmat beliau berjaya dalam melonjakkan aktiviti pengurusan haji, operasi cawangan dan pelaburan supaya TH terus kekal berdaya saing, mampan dan berwibawa selari dengan arus semasa dalam aspek pengukuhan struktur tadbir urus korporat, dan inisiatif digitalisasi, ”tambah Azman Mokhtar .
Lembaga Tabung Haji (TH) mengalu-alukan pelantikan Syed Hamadah ke jawatan itu sebagaimana telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, Pelantikan Syed Hamadah yang berkuatkuasa 6 Mei ini.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat dan beliau merupakan pengarah serta rakan kongsi di Actuarial Partners Consulting Sdn. Bhd.
Malah, berpengalaman lebih daripada 25 tahun dan pakar dalam perundingan multinasional dan organisasi tempatan mengenai reka bentuk pencen, pembiayaan, perakaunan pencen, penggabungan dan pengambilalihan.
Sebelum ini, beliau juga merupakan Felo di Fakulti Aktuari dan Felo di Persatuan Aktuari Malaysia.
Syed Hamadah memiliki Ijazah Kepujian dalam Matematik Aktuari dan Statistik dari Heriot Watt University, Edinburgh pada tahun 1994. – nasionalkini.my