in

Kekal muda dengan Dutabeautee

Datin Sakinah menunjukkan antara produk Dutabeautee

PRODUK kecantikan sudah menjadi pelengkap dalam rutin harian wanita sejak sekian lama.

Pasarannya juga sangat luas dan memiliki segmen peminat yang tersendiri.

Dutabeautee adalah antara jenama produk kecantikan yang semakin mendapat perhatian ramai.

Ahli lembaga koperasi, Datin Sakinah Ishak berkata, empat produk kosmetik dan empat produk penjagaan muka diperkenalkan Dutabeautee mempunyai elemen organik yang selamat digunakan.

Dimiliki Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat), jenama itu menyediakan pilihan produk dengan tawaran harga yang sangat menarik.

Dutabeautee menawarkan peluang untuk menjadi stokis kepada mereka yang berminat

“Semua produk dihasilkan Koop Sahabat berasaskan ‘Eurycoma Longifolia Root’ atau tongkat ali yang umum sudah mengetahui keistimewaannya.

“Produk kosmetik dan penjagaan muka Dutabeautee bukan sahaja dapat membantu menegangkan kulit, tetapi ia juga boleh mengekalkan awet muka kepada pemakainya,” katanya ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Sakinah memberitahu, semua produk itu boleh dimiliki peminat produk kecantikan pada harga bermula RM29 hingga RM69.

“Koop Sahabat kini turut membuka peluang kepada wanita yang ingin mencari pendapatan tambahan untuk menjadi stokis kami,” katanya lagi.

Produk Dutabeautee hasil ekstrak tongkat ali untuk menegangkan kulit dan awet muda

Setiap stokis akan dibimbing dengan ilmu perniagaan dan pemasaran produk.

Mereka yang berminat untuk menjadi usahawan Dutabeautee boleh menghubungi talian 019 2120535.

Maklumat lanjut berkaitan Dutabeautee boleh diperoleh dengan melayari laman sosial Facebook dan Instagram milik mereka.- nasionalkini.my

pesawat tudm

Pesawat TUDM terbang rendah jalani persiapan Hari Kebangsaan 2023

Pesawat tentera AS terhempas