in ,

Harga minyak sawit mentah diunjur sekitar RM3,800 satu tan metrik tahun ini – Kenanga Research

sawit

KUALA LUMPUR 4 Mei – Harga minyak sawit mentah diunjur berlegar sekitar RM3,800 satu tan metrik tahun ini apabila permintaan terhadap minyak boleh dimakan kembali pulih.

Prospeknya juga lebih cerah di sebalik kelemahan penuaian kacang soya di Argentina, mengimbangi rekod penuaian di Brazil, demikian menurut Kenanga Research.

Penganalisisnya, Teh Kian Yeong berkata terdapat tiga faktor yang mendorong pemulihan permintaan minyak boleh dimakan dengan ketara bagi 2023 terutamanya apabila pembeli menambah inventori masing-masing ekoran harganya yang lebih murah berbanding tahun lalu.

WhatsApp Image 2023 05 04 at 1.34.29 PM 1
Harga minyak sawit mentah diunjur berlegar sekitar RM3,800 satu tan metrik tahun ini – Kenanga Research

Pembukaan semula China baru-baru ini selepas pandemik COVID-19 dan permintaan biodiesel terutamanya Amerika Syarikat (AS), Indonesia dan Brazil turut merangsang permintaan.

“Memandangkan permintaan dan bekalan pulih hampir serentak, imbangan permintaan-bekalan secara keseluruhan berkemungkinan kekal rapuh.

“Ini menyaksikan harga minyak sawit mentah akan berlegar dalam julat purata RM3,800 satu tan metrik untuk 2023 hingga 2024,” katanya dalam nota kajian.

Kenanga Research mendapati syarikat-syarikat perladangan merekodkan pengeluaran buah tandan segar (BTS) yang lebih baik pada suku pertama 2023 dengan pengeluaran mungkin kembali pulih.

WhatsApp Image 2023 05 04 at 1.35.41 PM
Kenanga Research ‘neutral’ terhadap sektor perladangan kerana tiada pemangkin kukuh. – Gambar hiasan

Ia menyaksikan dua pertiga daripada syarikat perladangan di bawah liputannya merekodkan penuaian BTS yang lebih tinggi pada tempoh berkenaan.

“Oleh itu, kedua-dua agregat sektor kami dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan suku pertama 2023 adalah suku pertama terbaik dari segi pengeluaran sejak 2019.

“Pada tempoh itu, output minyak sawit mentah MPOB adalah sebanyak 3.9 juta tan metrik, hanya sedikit di bawah purata 10 tahun pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia sebanyak 4 juta tan metrik untuk suku pertama,” jelasnya.

Secara keseluruhan, firma itu mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor perladangan memandangkan tiada pemangkin kukuh yang boleh mendorong kepada penarafan semula sektor. – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 10

‘Sokong Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri’ adalah palsu – PAS

Untitled design 7

Mahfuz tuntut Sanusi segera bayar saman fitnah