in

Erwan Tahir lebarkan sayap dalam perniagaan barangan elektrik

erwan

KUALA LUMPUR 4 Mei – Ahli perniagaan, Datuk Seri Dr. Erwan Tahir kini melebarkan sayap peniagaan kumpulannya dalam industri barangan elektrik menerusi usaha sama antara ERWAN Berhad dan TBC Elektrik Sdn. Bhd. yang kini dikenali sebagai ERWAN TBC Elektrik Sdn. Bhd.

Ia menyaksikan Erwan menguasai 51% pegangan dalam syarikat usaha sama tersebut sekali gus menjadikan beliau sebagai pemegang saham utama.

TBC Elektrik mula beroperasi pada 2006 yang diasaskan oleh pengarah urusannya, Rico Lee yang berpengalaman dalam industri pasaran kedai elektrik di Malaysia.

WhatsApp Image 2023 05 04 at 12.48.16 PM
TBC Elektrik ditubuhkan pada 2006 dan mempunyai 20 cawangan di seluruh negara. – Gambar hiasan : Facebook TBC Elektrik

TBC Elektrik juga merupakan satu jenama yang terbesar bagi segmen ini dan mempunyai 20 cawangan kedai barangan elektrik di seluruh negara dengan mencatatkan pendapatan jualan sebanyak RM130 juta bagi 2022.

Sejajar dengan pengambilalihan pegangan itu, Erwan merancang untuk mengembangkan lagi operasi syarikat memandangkan ia mempunyai peluang luas untuk muncul sebagai kedai barangan elektrik No. 1 di Malaysia.

Beliau berkata, ERWAN TBC Elektrik akan membangunkan Warehouse Management System (WMS) dan Order Management System (OMS) dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1 juta bagi mempermudahkan lagi urusan pembelian dan penghantaran kepada para pelanggan.

WhatsApp Image 2023 05 04 at 12.46.54 PM
Erwan merancang untuk mengembangkan lagi operasi syarikat memandangkan ia mempunyai peluang luas untuk muncul sebagai kedai barangan elektrik No. 1 di Malaysia.

“Pada masa sama kesemua gudang ERWAN TBC Elektrik sedia ada akan mempunyai Automated Smart Warehouse (ASW) seperti yang dilaksanakan di Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan.

Malah, Erwan juga bercadang mengembangkan perniagaan dalam pasaran barangan elektrik dan memperkenalkan produk baharu menerusi pembukaan 30 cawangan di Lembah Klang manakala 2 cawangan di Johor Bahru dalam tempoh 2 tahun.

Selain itu, menurutnya, syarikat juga akan memperkenalkan ‘superApps’ tidak lama lagi supaya pembelian boleh dibuat secara atas talian.

Sementara itu, Rico Lee yang juga Pengarah Urusan ERWAN TBC Elektrik memberitahu, syarikat akan membina gudang stok penyimpanan baharu di kawasan seluas 1.5 ekar bagi memenuhi permintaan yang tinggi. – nasionalkini.my

344799151 780292553422595 8370870968794756690 n

KPM arah semua aktiviti luar ditangguhkan

ezgif.com webp to jpg 10

‘Sokong Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri’ adalah palsu – PAS