in ,

KPM arah semua aktiviti luar ditangguhkan

344799151 780292553422595 8370870968794756690 n

PUTRAJAYA, 4 Mei – Semua institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diarahkan supaya menangguhkan aktiviti luar membabitkan murid, guru dan pensyarah susulan fenomena cuaca panas.

KPM dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, larangan itu termasuk merentas desa, kawad, sukan, permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah.

“Mengambil kira cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara, institusi pendidikan di bawah KPM diminta menangguhkan semua aktiviti luar membabitkan murid, guru dan pensyarah,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memaklumkan KPM sudah mengeluarkan pekeliling berhubung larangan sebarang aktiviti luar bagi mengelak serangan strok haba.

Beliau dilaporkan berkata, pekeliling itu berkuat kuasa semalam dan mesti dipatuhi semua guru besar serta pengetua sekolah di seluruh negara.

Katanya, larangan itu turut meliputi garis panduan baharu ditetapkan KPM selepas memberi kelonggaran pemakaian pakaian sukan sebelum ini. – nasionalkini.my

20230503 095731

Cuaca panas tahap berjaga-jaga di Bentong, Mukah

erwan

Erwan Tahir lebarkan sayap dalam perniagaan barangan elektrik