in

Kerat kemaluan suami takut kena cerai

Isteri nekad kerat kemaluan suami
Isteri mangsa kini ditahan reman untuk siasatan lanjut - Gambar oleh TribunSolo

JAKARTA, 18 Mei – Seorang isteri nekad mengerat kemaluan suaminya yang sedang tidur selepas mangsa mahu menceraikannya kerana tertekan perkahwinan tidak direstui keluarga, lapor laman berita TribunJatim hari ini.

Menurut Ketua polis Surakarta, Iwan Saktiadi, kejadian itu berlaku pada awal pagi di sebuah hotel di Solo semalam. Si isteri dengan sengaja mencederakan kemaluannya sehingga luka.

Dia kemudian mengerat kemaluan mangsa dengan menggunakan pisau pemotong sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) .

Apabila si suami terbangun dan melihat dirinya dalam keadaan berdarah, dia lantas menghubungi kakitangan hotel tersebut sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak polis yang mendapat maklumat tentang insiden tersebut kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menangkap si isteri yang kini ditahan reman.

Menurut Iwan, pasangan itu bernikah mengikut adat Bali setahun lalu.

Keluarga si suami bagaimanapun tidak bersetuju dengan pilihannya, menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan dan mahu menceraikan isterinya. – nasionalkini.my

20230518 081932

Pegawai polis, tentera maut kemalangan

20230518 095100

Hotel eksploitasi PATI kena serbu