in

Setiausaha Kerajaan Pahang bersara selepas 34 tahun berkhidmat

WhatsApp Image 2023 04 26 at 19.43.27
Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak mengetip perakam waktu terakhir perkhidmatannya dalam Kerajaan Negeri di Wisma Sri Pahang. - Foto Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Kuantan, 27 April – Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Sallehuddin Ishak bersara selepas memberikan khidmat dan jasa selama 34 tahun termasuklah empat tahun menyumbang bakti di bumi Pahang.

Graduan daripada Universiti Malaya ini telah memulakan kerjayanya pada tahun 1986 sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang “Land Economy” dari University of Aberdeen, United Kingdom kemudian memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang “Urban Studies” dari University of Glasgow, Scotland.

Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ke-21 pada 7 Januari 2019 selepas menggalas tugas sebagai Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan pada 2015 hingga 2019.

Sallehuddin ketika ditemui berkata, selama berkhidmat bersama Kerajaan Pahang beliau telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada Kerajaan Negeri sehingga memberikan hasil yang tinggi selain membawa masuk pelaburan asing ke Pahang yang membolehkan sumbangan sosial dilaksanakan.

“Saya berharap pengurusan baharu SUK nanti akan dapat meneruskan kesinambungan hubungan yang baik di antara kerajaan dan juga pentadbiran kerana hubungan baik ini akan dapat mewujudkan satu kerajaan yang kuat dan jika kerajaan kuat barulah kita dapat berikan sumbangan terbaik kepada rakyat.

“Sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh penjawat awam di Negeri Pahang sama ada negeri atau persekutuan yang telah memberikan sokongan dan kerjasama kepada saya selama empat tahun berkhidmat di sini dan apa-apa kejayaan ini merupakan kejayaan semua”, katanya.

Jelasnya, beliau masih belum mempunyai perancangan khusus selepas persaraannya dan hanya ingin meluangkan waktu untuk berehat selepas 34 tahun mencurah bakti kepada negara. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 04 27 at 11.09.39

Remaja perempuan lemas ketika mandi di Lata Changkah

ibnor

Ibnor Riza reda dengan dugaan, yakin ada hikmah