in

PKR Pahang buat mesyuarat bulanan

IMG 20240320 144009 800 x 500 pixel
Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 20 Mac – Semua Ketua Cabang PKR Pahang menghadiri mesyuarat bulanan bersama Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari di Temerloh, kelmarin.

Difahamkan, mesyuarat itu diadakan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk parti dan negeri Pahang.

Perkara itu dikongsi Ketua Cabang Indera Mahkota, Zuraidi Ismail melalui satu hantaran di Facebook miliknya.

“Menghadiri mesyuarat MPN (Majlis Pimpinan Megeri) Pahang di Temerloh yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Amirudin Shari.

“Agenda membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan parti dan rakyat Pahang dalam pelbagai isu.

“Terima kasih kepada ahli MPN dan ketua-ketua cabang yang hadir,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor itu.– nasionalkini.my

IMG 20240319 130717 800 x 500 pixel

Sekolah satu aliran formula rahsia penyatuan negara

IMG 20240320 144911 800 x 500 pixel

Agih kurma di Indera Mahkota