in

Jemaah Menteri setuju semak Akta Hasutan lindungi institusi Raja

348703296 249261997682469 466714340859085741 n
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut), Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 disemak dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan ini digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bagaimanapun aspek lain berkenaan provokasi membabitkan agama dan bangsa akan turut diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu.

Katanya, ia penting mengenai keharmonian dan perpaduan negara dengan mengambil kira pandangan institusi Raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa.

“Hari ini, saya membentangkan kepada Jemaah Menteri hasil Dialog Perundangan 3R yang diadakan pada 21 Julai 2023 dalam menangani isu provokasi membabitkan agama bangsa dan institusi Raja (3R) yang dihadiri wakil kementerian dan jabatan termasuk Kementerian Perpaduan Negara, badan peguam, Pertubuhan Masyarakat Madani (CSO), Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta ahli akademi.

“Justeru itu, Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 disemak dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan ini digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) akan mengambil langkah sewajarnya dalam menyemak secara terperinci akta berkenaan. – nasionalkini.my

banner nrc 01

Maktab Ketahanan Nasional main peranan semai rasa kesedaran keselamatan

WhatsApp Image 2023 07 25 at 3.42.17 PM

Pasukan khas teliti masalah mental pelajar diwujudkan