in

Maktab Ketahanan Nasional main peranan semai rasa kesedaran keselamatan

banner nrc 01
Maktab Ketahanan Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Maktab Ketahanan Nasional yang terletak di Putrajaya memainkan peranan untuk menyemai rasa kesedaran ke atas keselamatan kepada masyarakat dan menjadi platform memahami konsep Whole of Government and Whole of Society (WoGoS).

Komandan Maktab Ketahanan Nasional, Mej Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, selain itu maktab ini juga adalah pusat kecemerlangan untuk para pemikir strategik berbincang, berdialog dan menggubal polisi yang terbaik untuk negara.

“Maktab ini adalah bukan untuk para pegawai tinggi ATM sahaja tetapi untuk setiap pegawai tinggi kerajaan, sektor swasta dan lain-lain supaya kita semua boleh saling berinteraksi dan memahami di antara satu sama lain untuk mencapai kata sepakat yang lebih jitu,” katanya di sini hari ini.

WhatsApp Image 2023 07 25 at 9.26.42 AM
Komandan Maktab Ketahanan Nasional, Mej Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar

Jelas beliau lagi, pelaksanaan tugas atau melaksanakan misi di dalam kelompok yang sama tidak sepatutnya menjadi amalan di dalam menghadapi persekitaran yang mencabar dan penuh dengan ketidaktentuan.

“Berkomunikasi dan perkongsian maklumat kini menjadi faktor terpenting terutamanya di dalam menyelesaikan sesuatu krisis, perancangan hadapan dan memantapkan usaha ke arah masyarakat yang lebih berwawasan.

“Justeru itu, berapa ramaikah di antara kita yang memahami secara menyeluruh apakah Dasar keselamatan Negara (DKN) dan implikasi dasar ini kepada kita? Adakah di antara kita yang sedar pentingnya untuk memahami dasar ini terutama kepada mereka yang sepatutnya atau ia hanya tinggal sebagai salah satu polisi dari beribu yang telah dikeluarkan?

“Inilah letaknya peranan Maktab Ketahanan Nasional untuk menjadi platform memahami konsep WoGoS serta betapa pentingnya memahami DKN untuk bersama menuju hala tuju yang seiring demi negara tercinta ini,” katanya. – nasionalkini.my

2278914

Suami isteri ditahan bersama heroin 10.71 kilogram

348703296 249261997682469 466714340859085741 n

Jemaah Menteri setuju semak Akta Hasutan lindungi institusi Raja