in ,

Masjid Lapan Kubah jadi tumpuan pelancong sempena Aidiladha

IMG 20230630 WA0011
Masjid Lapan Kubah menjadi tumpuan pelancong terutama pada cuti umum

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 30 Jun – Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapang Kotak dekat sini, menjadi pilihan umat Islam khususnya pelancong dari luar negeri ini untuk berkunjung melihat keunikan masjid itu sempena cuti panjang Aidiladha.

Jika umat Islam di Russia megah dengan Masjid St Basil Cathedral di Moscow, sehingga menarik perhatian orang ramai ke negara itu, masyarakat Islam di Terengganu khususnya di daerah Besut pula bangga kerana adanya Masjid Lapan Kubah yang dikatakan paling cantik dan unik di negeri itu.

Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tangah Kampung Lapang Kotak, dekat Jertih masjid yang dicetuskan pembinaannya oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh, kira-kira 10 tahaun lalu kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri.

Masjid berkonsepkan wakaf mengambil sempena nama Kampung Lapan Kotak itu, dibina hasil sumbangan penduduk dan masyarakat Islam daerah Besut.

Cetusan idea yang berkonsepkan seni bina sebuah masjid di Russia dan diadunkan dengan seni bina Islam tempatan kini menjadi masjid tercantik bukan sahaja daerah Besut malah di Terengganu.

IMG 20230630 WA0012
Masjid Lapan Kubah jadi tumpuan pelancong sempena Aidiladha 4

Bendahari masjid itu, Mat Din Mohamed, 64, berkata, masjid berkenaan dibina di atas tanah seluas 1.4 hektar yang sebahagiannya diwakafkan seorang penduduk, manakala selebihnya dibeli dengan sumbangan pihak tertentu.

Katanya, kerja awal pembinaan masjid itu dilakukan pada Disember 2013 selepas semua urusan tanah yang diwakafkan oleh seorang penduduk selesai.

“Kerja pembinaan dilakukan secara gotong royong oleh penduduk dan sebahagian juga diserahkan kepada seorang kontraktor tempatan,” katanya.

Menurutnya, masjid itu melakar sejarah kerana menjadi masjid rakyat pertama di daerah di bina hasil derma dan sumbangan orang ramai.

Katanya, reka bentuk masjid berasaskan seni bina Russia mempunyai keistimewaan dengan memiliki lapan kubah selaras dengan nama kampung dan mampu memuatkan seramai 500 jemaah pada satu-satu masa.

IMG 20230630 WA0013
Program korban sempena Aidiladha yang diadakan di Masjid Lapang Kubah.

Mohamed yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu berkata, pada peringkat awal pihaknya mengadakan majlis “minum teh” dan berjaya mengumpul RM80,000 bagi mengutip derma sebagai dana untuk pembinaan masjid itu

Selepas itu,katanya, pelbagai pihak yang ingin berkongsi pahla terus menyumbangkan kewangan untuk menjayakan pembinaan masjid rakyat itu.

Beliau berkata, selain orang ramai pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu, Terengganu, MAIDAM juga turut memberi sumbangan RM500.00 manakala ADUN Jertih, Datuk Muhamad Pehimi Yusof yang menyumbangkan RM2,000 sebulan kepada tabung masjid tersebut.

Tidak hairanlah, keunikkan masjid itu mendorong orang ramai khususnya masyarakat Islam memilih masjid tersebut untuk dilawati sempena musim cuiti keran ia memberi kepuasan kepada setiap pengunjung terutama untuk merakamkan gambar kenangan berlatar b elakanbgkan bangunan masjid.

Katanya, keindahan reka bentuk dan warna warni masjid itu mendorong orang ramai untuk menjadikan lokasi penggambaran majlis pertunagan dan pasangan pengantin baharu selepas bersanding. – nasionalkini.my

IMG 20230630 WA0010

Remaja maut dipanah petir, tidak sempat lihat hasil ketam dijaring

IMG 20230630 170005

‘Anak patung seks’ dijual di Shopee, gergasi e-dagang ambil tindakan