in ,

Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV

IMG 20230624 WA0055
Keadaan MPV dan motosikal yang terlibat kemalangan hingga meragut tiga nyawa di Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar

OLEH: AD Zafir

PEKAN, 24 Jun – Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini hari ini.

Kejadian jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, serta Nik Ikram Nuqman, 5,  meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu MPV bersama penumpang dalam perjalanan dari arah Taman Jambu, Pekan menghala ke Kuantan.

“Motosikal dinaiki tiga beradik itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Lamir menghala ke rumah mereka di Kampung Langgar di sini.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki tiga beradik itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan MPV yang datang dari arah hadapan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pemandu MPV jenis Nissan Sarena bersama enam penumpang berusia tiga hingga 65 tahun dilaporkan selamat dan tiga daripada mereka mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230624 WA0063

Sasar pelaburan RM100 juta bina pusat jagaan warga emas moden

563875

Beku permit pindahan padi ke luar negeri hanya kepada Pelesen Membeli Padi