in

Beku permit pindahan padi ke luar negeri hanya kepada Pelesen Membeli Padi

563875
Gambar hiasan

Adam Aariz

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjelaskan tindakan pihaknya membekukan permohonan permit pemindahan padi ke luar negeri berkuatkuasa 20 Jun lalu, bagi memastikan bekalan beras sentiasa stabil.

Dalam kenyataan, KPKM bagaimanapun berkata larangan itu hanya melibatkan permohonan permit pindahan padi oleh Pelesen Membeli Padi.

Manakala, katanya, petani masih boleh menjual hasil padi mereka di mana-mana kilang termasuk kilang di negeri lain.

“Keputusan KPKM telah mengambilkira kepentingan dan hak petani. Petani hanya perlu memohon permit pindahan padi daripada Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Negeri sekiranya ingin menjual padi ke kilang luar negeri.

“Langkah ini merupakan satu langkah intervensi KPKM yang bersifat sementara untuk terus memastikan bekalan beras sentiasa stabil di dalam pasaran negara,” menurut KPKM.

Kenyataan itu menyusul selepas Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak, Datuk Sham Mat Sahat baru-baru ini meminta kementerian menarik semula pekeliling bertarikh 20 Jun itu, yang menurutnya boleh merugikan pesawah.

KPKM bagaimanapun berkata sekiranya terdapat keperluan Pelesen Membeli Padi untuk menjual padi di luar negeri, mereka boleh membuat permohonan di Pejabat KPB Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Permohonan ini akan diteliti dan dipertimbangkan oleh KPKM secara ‘case by case basis’,” menurut kenyataan itu. – nasionalkini.my

IMG 20230624 WA0055

Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV

bendera 1

Siapa 3 ‘warlord’ UMNO Johor?