in ,

Sasar pelaburan RM100 juta bina pusat jagaan warga emas moden

IMG 20230624 WA0063
Wakil Alphacapital (M) Berhad, Rakyat Trustee Berhad dan Seterra Group of Companies ketika menandatangani memorandum persefahaman baru-baru ini.

Adam Aariz

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Selari dengan jangkaan Malaysia bakal mencapai status negara menua menjelang 2030, satu kerjasama dibentuk dalam usaha membina pusat penjagaan warga emas bertaraf moden dilengkapi pelbagai infrastruktur.

Usahasama dijalankan Alphacapital (M) Berhad, Rakyat Trustee Berhad dan Seterra Group of Companies itu menyasarkan dana RM100 juta untuk menjayakan projek berkenaan, yang akan dibangunkan tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Alphacapital, Syed Mahadzir Fadaak berkata, sinergi tiga hala itu bukan sekadar membangunkan projek berkenaan namun turut memastikan pelaburan yang dibuat dapat diurus secara sistematik, berwibawa dan amanah.

“Peranan Alphacapital adalah sebagai syarikat pelaburan manakala Rakyat Trustee Berhad pula bertindak sebagai pemegang amanah dengan melaksanakan aktiviti seperti infak manakala Seterra menggerakkan projek ini dan mengumpul data pelabur berpontensi,” katanya pada sidang media majlis memeterai usahasama itu, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Seterra, Raja Dhiyauddin Raja Amir berkata, program itu merupakan satu pilihan kepada warga emas yang berkemampuan untuk tinggal di pusat komuniti moden sekiranya tanggungjawab menjaga mereka tidak dapat dipikul anak-anak.

Beliau berkata, ia berikutan terdapat golongan itu yang memilih untuk menetap dengan rakan seusia kerana seronok melakukan aktiviti kerohanian bersama-sama di rumah warga emas yang menyediakan perkhidmatan termasuk menguruskan kebajikan, memantau kesihatan dan melaksanakan aktiviti.

“Konsep rumah warga emas bakal dibina bukan seperti pusat perlindungan sedia ada. Contoh jika warga emas ini mahu keluar riadah di pusat beli-belah misalnya akan ada pemandu yang membawa mereka untuk tujuan itu.

“Justeru, kediaman berpusat selepas persaraan dilihat sebagai pelaburan berpotensi dalam menjana ekonomi negara dan pada masa sama memberi kehidupan lebih baik untuk warga emas di Malaysia,” katanya.

Pengarah Urusan Rakyat Trustee Berhad, Faudzi Mt Din pula berkata, peranan syarikatnya adalah menjadi pemegang amanah yang mengurus dan melaksanakan arahan dan mandat pelabur secara telus, cekap dan sistematik, sekali gus memastikan matlamat asal pelabur untuk tujuan kebajikan terlaksana.

“Pendekatan ini salah satu cara alternatif untuk membantu pelabur menguruskan kewangan mereka yang berhasrat melakukan kerja amal, selain membina jambatan pahala melalui pelaburan dibuat,” katanya.- nasionalkini.my

IMG 20230624 WA0061

Melaka jadikan tanah terbiar kawasan pertanian berteknologi tinggi

IMG 20230624 WA0055

Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV