KUALA LUMPUR, 23 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat bersama menziarahi makam dan Raudhah Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi semalam.
Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook rasmi berkata, Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak serta solat-solat sunat di pekarangan makam Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Turut berangkat sama, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Selesai solat Isyak, Baginda berdua disertai Raja Permaisuri Agong dan Tengku Permaisuri Selangor membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Ianya disusuli dengan keberangkatan ke Raudhah Nabi Muhammad S.A.W untuk menunaikan solat sunat di situ. – nasionalkini.my