Adam Aariz
KUALA LUMPUR, 23 JUN: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasama usahawan produk kosmetik, Skin Dessert melancarkan Kempen Tabung Pembangunan Usahawan Wanita untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita.
Timbalan Presiden Kebangsaan MTPN Abdul Malik Jamaran berkata menerusi kerjasama itu juga dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan wanita menerusi pengembangan operasi perniagaan.
“Kita nak kumpulkan dana melahirkan ekosistem yang disalurkan balik kepada usahawan wanita baharu dan kembali memulakan perniagaan melalui produk Skin Dessert keluarkan,” katanya.
Majlis pelancarannya disempurnakan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pulau Pinang, Jegan R Subramaniam di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Sementara itu, usahawan kosmetik Skin Dessert Zirra Abdullah bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama-sama membantu melahirkan lebih ramai usahawan wanita berkaliber.
“Pada saya ini satu platform untuk jenama-jenama tempatan bantu tingkat ekonomi wanita terutama suri rumah,” katanya.