in

Verstappen juara GP Belgium

Pasukan Red Bull meneruskan penguasaan dalam siri perlumbaan Formula 1 musim ini - Gambar oleh F1

SPA-FRANCORCHAMPS, 31 Julai – Penalti lima petak di Grand Prix Belgium tidak menjadi masalah buat Max Verstappen untuk merakam kemenangan kelapannya.

Juara bertahan dunia dan pendahulu kejuaraan itu melintasi garisan penamat 22.305 saat lebih pantas berbanding rakan sepasukan Red Bull dan pencabar terdekat, Sergio Perez.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc yang bermula dari petak utama, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, diikuti Lewis Hamilton dari Mercedes yang merakam pusingan terpantas.

Pasukan Red Bull meneruskan penguasaan dalam siri perlumbaan Formula 1 musim ini – Gambar oleh F1

Ia adalah kemenangan ke-13 berturut-turut Red Bull, dan penamat satu-dua kelima mereka musim ini.

“Sukar dipercayai! Kami perlu mengekalkan prestasi ini, tetapi sekarang semua orang berhak mendapat rehat,” kata bos Red Bull, Christian Horner kepada AFP.

Formula Satu (F1) akan berehat tiga minggu dan kembali pada penghujung Ogos di halaman Verstappen, Grand Prix Belanda – peluangnya untuk menyamai rekod bekas pemandu Red Bull, Sebastian Vettel yang merakam sembilan kemenangan berturut-turut pada musim 2013.

Verstappen dikenakan penalti lima petak selepas keretanya menggunakan kotak gear baharu untuk perlumbaan.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

20230602 092923

Suspek pecah dinding kaca pejabat PAS diberkas

35 pasukan sertai Regatta Perahu Naga Diraja Pahang