in

JDT di ranking ke-477 dunia

361912095 849365456559432 678219498830866991 n
Juara Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menunjukkan peningkatan dalam ranking kelab bola sepak dunia apabila berada di ranking ke-477 dunia.

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menunjukkan peningkatan dalam ranking kelab bola sepak dunia apabila berada di ranking ke-477 dunia.

Kedudukan tersebut dikongsikan laman analisis bola sepak, Opta Analyst yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia.

Menurut laporan Sinar Harian, juara sembilan kali Liga Super itu yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA mengumpul 72.7 mata untuk naik 126 anak tangga dari tangga ke-573 pada Februari lalu.

Ia turut menyaksikan kualiti JDT itu sememangnya bukan saingan pasukan Liga Super dengan tiada pasukan lain dari Malaysia yang berada dalam kedudukan 500 terbaik dunia.

Selangor yang menjadi pasukan kedua terbaik liga berada di kedudukan ke 2,148 dunia, Terengganu (ke-2257), Kuala Lumpur City (2964) dan Kedah Darul Aman FC (3158).

Peningkatan itu juga membolehkan JDT mencapai aras baharu di peringkat Asia apabila menghuni kedudukan ke-31 manakala pasukan Arab Saudi, Al-Ittihad di posisi pertama. – nasionalkini.my

mpv

Tiga maut kemalangan babitkan tiga kenderaan

348703296 249261997682469 466714340859085741 n

Kajian undang-undang isu 3R dibentang ke Kabinet minggu ini