in ,

​Sindiket seleweng LPG subsidi dalam ladang kelapa sawit tumpas

3512951
Sebuah premis tidak bernombor yang beroperasi nagi menyeleweng LPG di kawasan ladang kelapa sawit di Tanjung Sepat, Kuala Langat digempur pada Rabu. Foto KPDN SELANGOR

​TANJUNG SEPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berjaya membongkar kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang bersindiket di dalam sebuah ladang kelapa sawit, di sini, kelmarin.
​Dalam serbuan menerusi Op Tiris 4.0 kira-kira jam 3 petang itu, pihak berkuasa menahan dua lelaki warga Indonesia yang sedang sibuk melakukan aktiviti pemindahan gas atau decanting secara haram.


​Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari berkata, modus operandi sindiket adalah memindahkan gas daripada tong subsidi 14 kilogram (kg) ke dalam tong komersial 50kg untuk dijual kepada pihak industri pada harga lebih rendah.
​”Pasukan serbuan menemui pelbagai peralatan pemindahan termasuk hos penyambung dan bungkusan ais yang digunakan sebagai teknik pemindahan konvensional.


​”Hasil pemeriksaan awal mendapati bekalan LPG subsidi ini dipercayai diperoleh daripada pemborong berlesen di sekitar Banting, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


​Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk 250 unit tong LPG pelbagai saiz dianggarkan mencecah RM400,000, manakala jumlah ketirisan subsidi negara yang berjaya dilumpuhkan pula bernilai kira-kira RM750,000. Kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

LEBANON ISRAEL IRAN US WAR 88196f7ec73f45bfa9b6ad40346ad09b 1778114920

​Komander kanan unit elit Hizbullah terkorban serangan udara Israel

TB RESULT UPU Kementerian Pendidikan Tinggi

Keputusan UPU lepasan SPM diumumkan 22 Mei