BACHOK, 11 Jun – “Saya sedaya-upaya cuba tutup (penderitaan keluarga) tetapi terbuka juga selepas dapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Syahril Saidi.
Syahril, 18, kini bergelar yatim piatu selepas ibu tercinta, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhir pada 8.20 malam tadi.
Remaja itu bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih terkejut dengan pemergian ibunya yang dipanggil Umi.
Dia hanya berkata reda dengan pemergian ibunya itu ketika menerima lawatan dan ucapan takziah daripada Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman.
Ahli keluarga pelajar itu, Zainab Othman, 58, berkata cucu saudaranya pernah meluahkan perasaan mengenai tumpuan media dan orang ramai terhadap dia dan ibunya.
“Mereka dah derita lama. Saya beritahu cucu (Syahril) mungkin ini cara Allah angkat darjat awak dan arwah ibu,” katanya ketika ditemui BH di rumah sewa pelajar itu di Kampung Kandis, hari ini.

Jenazah Allahyarhamah Tuan Faridah, disolatkan di Masjid Pondok Moden, Kandis sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lati.
Kisah Muhammad Syahril tular selepas pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu menjaga ibunya yang terlantar sakit, namun berjaya memperoleh keputusan semua A dalam SPM yang diumumkan, Khamis lalu.
Remaja itu bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih terkejut dengan pemergian ibunya yang dipanggil Umi.
Muhammad Syahril menerima keputusan SPM daripada pihak sekolah yang hadir ke rumahnya kerana dia tidak dapat ke sekolah disebabkan perlu menjaga ibunya yang tidak sihat disebabkan menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan pelajar cemerlang SPM itu mengimamkan sendiri solat jenazah ibunya sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Jelawat di sini, tengah hari tadi.
Ibu remaja itu meninggal dunia pada jam 8.20 malam tadi akibat menderita angin ahmar. – nasionalkini.my