in

Melaka jadikan tanah terbiar kawasan pertanian berteknologi tinggi

IMG 20230624 WA0061
Ab Rauf (tengah) melawat tapak pameran Melaka AgroFest 2023 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 24 Jun – Kerajaan negeri akan mengenalpasti kawasan tanah dan sawah terbiar di negeri ini untuk dimajukan sebagai kawasan pertanian berteknologi tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, usaha itu bagi memastikan bekalan makanan untuk rakyat sentiasa mencukupi selain menyokong sekuriti makanan negara.

“Ada banyak tanah terbiar dari Sungai Rambai hingga Kuala Linggi untuk dijadikan kawasan pertanian dan kawasan keterjaminan makanan

“Kita akan minta Jabatan Pertanian negeri mengkaji kawasan tanah terbiar dari Sungai Rambai hingga ke Kuala Linggi untuk jadikan kawasan pertanian dan keterjaminan makanan berteknologi tinggi.

“…ia mesti bersesuaian dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) pada masa kini yang mana penggunaan tenaga manusianya hanya sekitar 30 peratus dan selebihnya menggunakan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Melaka AgroFest 2023 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, pengusaha kawasan tanah terbiar ini juga dicadang untuk diberikan suntikan modal yang bersesuaian untuk menambah hasil pertanian yang lebih baik kepada negeri dan negara.

“Seperti AgroFest 2023 ini umpamanya, saya melihat ia berupaya menjadi platform kepada petani, penternak dan nelayan Negeri Melaka mempamerkan dan memasarkan hasil mereka.

“Saya harap lebih ramai petani, penternak dan nelayan dapat berdaftar dengan persatuan yang ada bagi membolehkan mereka dibantu menerusi pelbagai inisiatif pada masa hadapan,” katanya. – nasionalkini.my.

IMG 20230624 WA0037

Tutup cerita isu kenyataan Tony Pua anggap BN ‘pakatan korup’

IMG 20230624 WA0063

Sasar pelaburan RM100 juta bina pusat jagaan warga emas moden