in

Sanusi selesai angkat sumpah MB Kedah bagi penggal kedua

sanusi ant sumpah
Muhammad Sanusi menerima tauliah pelantikan jawatan Menteri Besar daripada Sultan Sallehuddin pada Majlis Angkat Sumpah MB Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR, 14 OGOS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, kira-kira 10.15 pagi ini.

Beliau dilantik semula ke jawatan itu selepas PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Pada PRN kali ini, Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang disandangnya sebelum ini, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi. -nasionalkini.my

Puad sifatkan Muhyiddin angkuh

Wanita sarat mengandung ditinggal suami terima bantuan