in

Remaja hidap kanser mahu sokong JDT di stadium

2270693
Keadaan leher Irfan yang kehitaman kesan rawatan kemoterapi bagi merawat kanser otot yang dihidapi sejak setahun lalu. - Gambar Sinar Harian

PONTIAN, 18 Julai – Seorang remaja lelaki yang sedang menderita kanser otot di Kampung Pulai Sebatang di sini berhajat untuk menyaksikan sendiri perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City pada Sabtu ini.

Muhammad Irfan Abdullah, 13, menyatakan hajat itu kerana merupakan peminat setia JDT dan tidak terlepas untuk menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan berkenaan di televisyen.

Menurut ibunya, Puteri Nur Fairuz Ab Rahim, 35, anak sulung daripada dua beradik disahkan menghidap penyakit itu selepas mengalami bengkak di rahang pipi kanan.

Ujarnya, hasil imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru terdapat tumor di bahagian rahang mulut Irfan yang merupakan kanser otot.

“Irfan sudah jalani 31 kali sesi rawatan kemoterapi menyebabkan rambutnya gugur, bahagian leher dan rahangnya kehitaman seperti terbakar. Berat badannya menyusut kini 25 kilogram (kg) sahaja.

“Sebagai ibu, saya sedih melihat keadaan Irfan. Namun saya perlu kuat bersama Irfan untuk mengharungi ujian ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya pada Selasa,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Katanya lagi, Muhammad Irfan cukup bertuah kerana pemain bola sepak JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi pernah datang ke rumahnya pada minggu lalu.

“Irfan juga ada beritahu, dia mahu menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Tetapi perlu bergantung kepada keadaan kesihatan Irfan,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan remaja itu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam bernombor 01108022920163 atau di talian 011-51414348. – nasionalkini.my

PRK Kuala Terengganu serentak PRN 6 negeri

03zale 1670075828

KKM buat siasatan dalaman kes kematian Dea Maisarah