in ,

Ramai ahli didakwa mahu berhijrah apabila UMNO bekerjasama dengan DAP

WhatsApp Image 2023 06 02 at 10.29.57 PM 1
menolak tanggapan PN merupakan gabungan politik yang bersifat perkauman.

Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 2 Jun – Ramai dalam kalangan ahli UMNO didakwa berasa tidak selesa selepas pucuk pimpinan parti mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan DAP bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Malah, dipercayai juga, mereka kini berhasrat untuk berhijrah atau meninggalkan parti keramat orang Melayu itu.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, terkesan dengan perkara tersebut, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini cuba memburukkan imej Perikatan Nasional (PN) untuk mengalihkan perhatian.

“Zahid semakin terdesak kerana PRN (pilihan raya negeri) sudah dekat. Dia telah membawa UMNO menjadi sebuah parti yang menumpang rezeki daripada DAP.

“Sudah pasti akar umbi UMNO tidak selesa dan ramai yang mahu berhijrah. Ini juga Zahid mahu tutup dengan cara melakarkan gambaran negatif mengenai PN,” dakwanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad zahid 1
Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Zahid semakin terdesak kerana PRN sudah dekat.

Sebelum ini, Ahmad Zahid meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memantau hantaran bernaratif kaum serta agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan.

Beliau berkata, menurut laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), orang politik menggunakan isu agama dan perkauman menerusi laman sosial untuk kepentingan politik.

Dalam pada itu, Wan Saiful menolak tanggapan bahawa PN merupakan gabungan politik yang bersifat perkauman.

Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang atau kaum sentiasa dibela oleh PN khususnya ketika berdepan dengan saat sukar seperti sekarang.

“Tatkala PH-UMNO semakin gagal menjaga kebajikan rakyat, kami dalam PN terus bercakap mengenai perkara seperti #kwspbersasar, kawalan harga, bantuan kos sara hidup dan banyak lagi.

“Ia adalah fakta yang perlu dibicarakan secara terbuka oleh semua yang prihatin mengenai hala tuju negara, bukan sahaja oleh orang politik tapi juga ahli akademik, NGO, dan orang awam,” katanya lagi. -nasionalkini.my 

WhatsApp Image 2023 06 02 at 9.49.13 PM 1

Walaun’ umpan askar siber, PN jangan terjerat – KJ

lhdn 1

Program Pengakuan Sukarela diperkenal semula beri peluang orang ramai bayar cukai tanpa penalti