in ,

Rakyat Malaysia terkandas di India dijangka tiba malam ini

india
TIMBALAN Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, Amizal Fadzli Rajali bersama kumpulan ekspedisi sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. - IHSAN WISMA PUTRA

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kira-kira 10 rakyat Malaysia yang terkandas di Himachal Pradesh, India berikutan hujan lebat yang melanda negara itu  dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 malam ini.

Kesemua mereka dilaporkan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pada pukul 1.56 petang (waktu tempatan) ini melalui penerbangan Malaysia Airlines MH173.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, urusan penerbangan kumpulan itu ke tanah air diselaraskan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dengan kerjasama Malaysia Airlines setibanya mereka di Manali.

india terkandas
Hujan lebat yang berterusan di utara India menyebabkan ramai penduduk terkandas termasuk pelancong dari Malaysia.

“Hasil usaha sama dan tindakan pantas Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi bersama pihak berkuasa India, kumpulan tersebut berjaya dievakuasi bermula pagi Khamis menerusi jalan darat dari Bandar Manali selama 23 jam.

“Mereka tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi pada pagi Jumaat, 14 Julai 2023,” katanya.

Susulan itu, Kementerian Luar merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam usaha membawa pulang kumpulan tersebut khususnya kerjasama dan keprihatinan pihak berkuasa India.

Kementerian pada masa sama turut  menggesa rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk terus berdaftar dengan pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara yang dikunjungi.

Katanya tindakan berkenaan bagi memastikan bantuan konsular yang sewajarnya akan dapat diberikan dengan segera kepada mereka yang memerlukan, terutama ketika situasi bencana seumpama ini, – nasionalkini.my

Hilang RM30,000 akibat letak atas but kereta

polis gari

Polis tahan seorang lelaki bantu siasatan konstabel diserang ketika bertugas