in ,

Polis tumpas sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 sebulan

scam phone1 1665551071

GEORGE TOWN, 4 Ogos – Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan dalam talian selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di dua buah kondominium mewah dekat sini, Selasa lalu.

Sindiket yang diketuai seorang lelaki warga asing itu dikatakan mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000 setiap bulan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah pada 9 malam dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.

“Siasatan awal mendapati semua kad itu di percayai digunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian dan susulan penahanan suspek, polis menyerbu sebuah lagi kondominium di Persiaran Gurney dan menahan dua lagi lelaki di situ. Kesemua mereka warga tempatan berusia 26 tahun.

“Hasil pemeriksaan di kondominium itu, polis merampas 24 buah telefon bimbit, kad ATM pelbagai bank (35 keping), kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi (40 keping), komputer riba (dua unit), kad pengenalan disyaki palsu (lima keping), 10 unit ‘secure sign token’ dari dua buah bank dan slip transaksi deposit bank tempatan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Dalam pada itu, Soffian berkata, siasatan awal mendapati, sindiket itu diketuai seorang lelaki warga asing yang berpusat di sebuah negara di rantau ini dan dipercayai ahli sindiket tersebut, berkomunikasi secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas dengan purata transaksi antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan, dan tiga suspek tersebut pula dibayar upah RM2,500 hingga RM6,000 sebulan, termasuk komisen 0.3 peratus bagi setiap transaksi yang dilakukan.

Tambahnya, tiga lelaki terbabit berperanan terlibat dalam kegiatan pengumpulan kad-kad ATM milik pihak ketiga iaitu ‘keldai akaun’, bagi tujuan pemindahan wang hasil dari kegiatan penipuan dalam talian. – nasionalkini.my

2293072

Lapan maut nahas kereta api rempuh trak pikap

364122209 318603683931031 8966872344668631618 n

Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam guni