in ,

Polis tahan suspek terlibat kes pecah rumah di Taman Bukit Kaya

360101100 591024546537336 5676262119369106503 n
Antara barang yang dirampas daripada suspek dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Bukit Kaya di sini pada 2 Julai lepas.

SEREMBAN, 17 Julai – Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Bukit Kaya di sini pada 2 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan Ahad lalu oleh sepasukan polis dari cawangan D4, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Seremban.

“Ia susulan laporan polis yang kita terima pada 2 Julai lalu berkenaan sebuah rumah di taman itu dipecah masuk dan barangan berharga serta wang tunai dicuri dengan anggaran kerugian RM3,000. Polis merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Vios serta pelbagai jenis mata wang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai 13 rekod jenayah pecah rumah dan satu rekod dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Dengan tangkapan ini pihak polis percaya dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah di daerah Seremban,” katanya. – nasionalkini.my

2269545

Pemandu lori maut kemalangan

selangor.gov .my

Kerjasama selesaikan isu rumah terbengkalai