in

Perdana Menteri gesa penguat kuasa tingkat prestasi

ezgif.com webp to jpg 8 2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

SERDANG, 15 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua badan penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya meningkatkan prestasi selain membantu kerajaan dalam melaksanakan anjakan tatakelola dalam pentadbiran.

Beliau berkata, perkhidmatan badan penguat kuasa seharusnya baik untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara selain menjamin agihan hasil negara dengan adil.

“Selalu dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri saya tegur agar perbaiki, ada jalan (penambahbaikan) di lapangan terbang kita, di sempadan, tadi juga kita bincang di Majlis Tindakan Ekonomi Negara bersama Timbalan Zahid (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) soal penyeludupan yang masih tinggi… kita hilang minyak diesel RM10 bilion setahun.

“Ini (RM10 bilion) boleh guna untuk membina universiti, baiki rumah penginapan polis, tentera, penjara, sebab itu saya minta badan penguat kuasa cari jalan… tingkatkan prestasi, beroperasi dengan baik,” kata seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya KDN Madani di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, teguran berkenaan bukan bermakna tiada kebaikan dilakukan badan penguat kuasa sebelum ini, sebaliknya hanya untuk mendorong ke arah perkhidmatan yang lebih baik.

“Kerajaan hargai khidmat semua badan penguat kuasa di negara ini, selama ini negara aman, insitusi berjalan dengan baik berbanding beberapa negara, tetapi kita sebagai manusia mesti ada keinginan untuk lebih baik, berusaha untuk kecemerlangan,” kata beliau. – nasionalkini.my

IMG 20230515 WA0004

Pasangan suami isteri disiasat tipu jual beli baju secara dalam talian

WhatsApp Image 2023 05 15 at 2.57.28 PM

RM9 juta bantu adik Athif ubati penyakit jarang jumpa