in ,

Pemandu dan kelindan maut, lori terbabas sebelum terbaik

photo1690710607 1690714839 1
Anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Paloh 3-Lebir, di sini, hari ini. - Foto ihsan bomba

GUA MUSANG, 30 Julai – Pemandu dan kelindan maut selepas lori yang membawa muatan minyak kelapa sawit terbabas sebelum terbalik ketika melalui laluan berselekoh di Jalan Paloh 3-Lebir, di sini, hari ini.

Mangsa pemandu lori, Yahya Jusoh, 36, dan kelindan, Mohammad Hariz Zulkifli, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi dan siasatan awal mendapati lori jenis Volvo dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki kanan jalan sebelum terbalik.

“Akibat kejadian itu, pemandu lori bersama kelindan tersepit dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya lapor Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. – nasionalkini.my

336546620 1409119179892135 7564844897494609978 n

111 unit AED dijangka dipasang di seluruh negara

Sri Pahang kecewakan Perak di Darul Makmur