in ,

Pelajar didakwa dicabul ketika dalam perjalanan ke sekolah

WhatsApp Image 2022 01 12 at 6.00.11 PM
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor

KUALA LANGAT, 4 Ogos – Polis sedang menyiasat dakwaan seorang pelajar perempuan dipercayai dicabul ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Haji Masjoyo, Jenjarom dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun yang sedang menaiki motosikal untuk ke sekolah di Sungai Jarom telah diekori lelaki tidak dikenali.

“Suspek yang menaiki motosikal datang dari arah belakang mangsa telah meraba bahagian sulit mangsa sebelum terus beredar dari lokasi kejadian.

“Jarak lokasi kejadian dengan sekolah mangsa adalah kira-kira lima kilometer,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, susulan itu, satu laporan polis telah dibuat bapa mangsa berusia 42 tahun pada jam 11.15 pagi.

Katanya, polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh dihukum dengan sebat jika sabit salah,” katanya. – nasionalkini.my

Ericsson pilih Malaysia hab produk 5G

2293072

Lapan maut nahas kereta api rempuh trak pikap