in

Noktahkan penganiayaan terhadap OKU

IMG 20230504 100507
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Keputusan mahkamah berhubung kes penganiayaan terhadap kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali Bella semalam, mendapat reaksi positif dalam kalangan masyarakat.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam keputusannya semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, dua tahun lalu.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kesalahan pertama iaitu mengabaikan Bella, dia dihukum penjara 10 tahun manakala pertuduhan kedua, menganiaya sebanyak 12 tahun.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Keputusan mahkamah itu menunjukkan bahawa sistem perundangan dan kehakiman negara ini sentiasa adil dan menegakkan hak asasi manusia atau dalam kes ini membabitkan orang kurang upaya (OKU).

Dengan pelaksanaan undang-undang tegas serta hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan, ia semestinya memberi peringatan kepada semua pihak terutamanya mereka yang menganiaya hak OKU.

Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi semalam menyifatkan keputusan mahkamah itu merupakan suatu kemenangan kepada pejuang ‘Justice For Bella’ yang telah bekerja keras bagi memastikan kes itu dapat diadili dengan saksama.

Ujarnya, kemenangan itu juga menginspirasikan masyarakat supaya menjadi mata dan telinga bagi memantau supaya tidak berlaku penganiayaan terhadap golongan OKU.

Bagaimanapun, ia masih lagi belum tamat kerana masih ada lagi kanak-kanak tidak bernasib baik berdepan masalah pengabaian dan penderaan.

Peguam pemerhati dicadangkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Rabu menyifatkan kes pengabaian dan penderaan membabitkan Bella merupakan manifestasi kelompangan perundangan yang perlu segera dilitupi.

Justeru, empat peguam itu menerusi satu kenyataan mendesak kerajaan membuat penambahbaikan kepada Akta Kanak Kanak 2001 supaya lebih inklusif bagi melindungi kanak-kanak dari pengabaian, penganiayaan, penderaan dan ekploitasi, lapor Sinar Harian.

Menurut kenyataan itu, antara lain adalah penting bagi memastikan operasi pusat berkaitan dengan asuhan, jagaan atau perlindungan kanak kanak hanya dilakukan oleh mereka yang terlatih dan bukan menjadikan pusat tersebut sebagai medium untuk mengaut derma atau sumbangan daripada mana-mana pihak

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Cadangan itu menunjukkan perlu ada satu pelan tindakan susulan bagi menamatkan kes seperti ini supaya ia tidak berulang. – nasionalkini.my

FB IMG 1683161538868

Pengawal keselamatan maut akibat tanah runtuh

IMG 20230504 WA0000

Kakak tekad jaga 5 adik-beradik OKU selepas ibu bapa meninggal