in ,

Maut kepala terhentak di batu selepas aksi terjun

BH20HANTUK2 1684573308
Anggota bomba mengusung jenazah Mohd Syazmer di Lata Berangin, Kuala Krai. - Foto ihsan Bomba

KOTA BHARU, 20 Mei – Kegembiran berkelah bersama keluarga bertukar tragedi apabila seorang daripada ahli keluarga maut selepas kepalanya retak akibat terhentak ke batu ketika terjun dari ketinggian kira-kira tiga meter di sebuah lokasi riadah, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Lata Berangin, Kuala Krai, itu menyebabkan Mohd Syazmer Mohd Rodi, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kepalanya pecah akibat terhentak di batu sebelum tenggelam.

Memetika laporan BH, kakak ipar mangsa, Mazlinda Leo Azaman, 33, berkata mereka ke lokasi peranginan itu bersama ahli keluarga dengan menaiki tiga kereta dan bertolak seawal jam 8.30 pagi.

“Selepas solat Jumaat, kami turun untuk mandi-manda dan Syazmer berulang kali melakukan aksi terjun dari ketinggian kira-kira tiga meter.

“Saya bersama isterinya berada berhampiran dan boleh melihat Syazmer dan beberapa pengunjung melakukan aksi sama.

“Tak lama kemudian, kami dengar keadaan kelam kabut. Saya mula tak sedap hati sebab sebelum itu Syazmer terjun.

“Kami bergegas ke tempat kejadian dan seorang daripada pengunjung memberitahu ada orang kemalangan manakala darah mula kelihatan di air,” katanya ketika ditemui di Kampung Sokor, Kok Lanas, di sini, hari ini.

Mazlinda berkata, beberapa pengunjung membantu mencari adik iparnya yang tenggelam dan selepas 25 minit, mangsa ditemukan di celah batu di dasar air.

Sebaik dibawa ke darat, beliau cuba menekan dada mangsa untuk memberi bantuan pernafasan sebelum tersedar kepala mangsa retak, dipercayai terhentak batu.

“Tidak lama kemudian pihak bomba dan pegawai perubatan tiba sebelum mengesahkan Syazmer sudah meninggal dunia. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Krai dan hasil imbasan di kepala menunjukkan bahagian itu seakan terbelah,” katanya.

Mangsa yang juga bapa kepada empat cahaya mata berusia lima hingga 11 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sokor, Kok Lanas jam 3 pagi tadi. – nasionalkini.my

Agong, Permaisuri berkenan terima ijazah kehormat PhD UIAM

hawarik 1684572504

Pendaki negara dilapor hilang selepas takluk Everest