in

Isnin akan diisytihar cuti di Selangor jika PH-BN menang PRN

amirudin 4
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pilihan raya esok adalah tarikh penting dalam sejarah negeri.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Selangor akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada Isnin, 14 Ogos 2023 sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pilihan raya esok adalah tarikh penting dalam sejarah negeri.

Katanya, rakyat bakal menentukan masa hadapan negeri Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Perpaduan yang terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi PRN Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor.

“Kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada Isnin depan,” katanya ketika menyampaikan amanat khas Menteri Besar Selangor sebentar tadi.

Terdahulu, seramai 138 individu telah diumumkan oleh parti politik masing-masing bakal berentap untuk merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertanding di negeri ini. – nasionalkini.my

Ancaman orang berhutang, katanya juga dusta

bhspr03 1688356558

Dosa besar jika tak mengundi